Harimau Selatan tetap padu tanpa Safawi

Iklan
Kesebelasan utama Harimau Selatan ketika berdepan Melaka United. Foto: Johor Southern Tigers

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) berupaya mengekalkan prestasi cemerlang mereka dalam saingan TM Piala Malaysia, meskipun tanpa kehadiran tonggak JDT, Muhammad Safawi Rasid.

Ia dibuktikan dengan kejayaan Harimau Selatan menundukkan Melaka 5-0 dalam aksi CIMB Liga Super di Stadium Hang Jebat, semalam.

Iklan
Iklan

Ketua Jurulatih Harimau Selatan, Benjamin Mora berkata, dengan ketiadaan pemain berusia 23 tahun itu, ia juga memberi peluang kepada pemain lain untuk menyerlah dan membantu persiapan kelab untuk aksi TM Piala Malaysia.

"JDT bukan mengenai seorang pemain sahaja. Kami semua sayangkan Safawi kerana dia seorang pemain yang hebat, berkeyakinan tinggi. Kami percaya ia adalah keputusan terbaik untuknya beraksi di luar negara dan kami di sini perlu teruskan permainan dan beraksi dalam satu pasukan.

Iklan

"Seseorang bakal menggantikan tempatnya (Safawi)... kami dapat melihat bagaimana prestasi pemain malam tadi. Kami akan membuat perancangan untuk permainan dan sesi latihan berikutnya,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan semalam.

Mora berkata, perancangan kali ini adalah untuk memberi peluang kepada pemain yang tidak beraksi ketika perlawanan sebelum ini sebagai langkah membina keyakinan untuk saingan TM Piala Malaysia.

Iklan

Safawi yang juga pemain kelahiran Dungun, Terengganu berlepas ke Portugal 3 Oktober lalu, bagi melengkapkan perpindahannya secara pinjaman selama satu musim ke kelab liga utama negara itu, Portimonense SC.

Pada aksi di Stadium Hang Jebat pada Sabtu malam, JDT memperolehi gol menerusi dua jaringan pemain import Leandro Velazquez yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-70 dan masa tambahan, diikuti jaringan Syafiq Ahmad (minit ke-75), Aidil Zafuan Abd Razak (minit ke-79), dan Fernando Ortega (minit ke-85).

Sementara itu, Ketua Jurulatih Melaka Zainal Abidin Hassan mengakui kecewa dengan keputusan perlawanan yang dicatat pasukan bimbingannya itu walaupun pada awalnya Melaka mampu bertahan tanpa dibolosi pada separuh masa pertama.