Issey kerugian akibat tidur di R&R

Iklan
issey

DEK kerana keletihan dan memilih untuk berehat di sebuah hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Selangor, penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham mengalami kerugian apabila dompetnya dicuri.

Mengimbau kembali kejadian yang berlaku Sabtu lalu, Issey, 31, berkata dia baru pulang dari lokasi penggambaran kira-kira jam 4 pagi dan berasa tidak mampu untuk meneruskan pemanduan.

Iklan
Iklan

"Saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari set penggambaran telefilem Hantu Don, semasa itu jam 4 pagi dan badan rasa tak larat nak teruskan pemanduan. Jadi saya pilih untuk tidur sebentar di R&R.

"Pukul 6.30 pagi, saya tersedar apabila ada seorang lelaki tegur saya di tingkap dan bertanya sesuatu. Masa itu tak perasaan lagi dompet hilang, sehinggalah semasa dalam perjalanan saya perasan pintu kiri penumpang tidak tertutup rapat dan tengok dompet saya dah hilang.

Iklan

"Walhal semasa tidur itu saya kunci pintu, cuma buka tingkap sedikit untuk bagi udara masuk. Tak sangka teguran lelaki itu ada sesuatu yang tak kena," katanya kepada mStar Online.

Selepas menyedari beg duitnya dicuri, Issey yang juga seorang pelakon dan pengacara mengambil tindakan segera dengan menyekat fungsi kad debit miliknya.

Iklan

"Bank maklumkan ada usaha menggunakan kad tersebut di mesin pengeluaran wang.

"Tapi usaha individu itu tak berjaya kerana nombor pin yang dimasukkan tidak tepat dan pencuri hanya dapat menggunakan kad itu untuk mengisi minyak kenderaan sahaja," katanya yang kesal dengan kejadian yang berlaku.