Pelitup muka diterbangkan angin jadi alasan

Iklan
Pelitup muka diterbangkan angin antara alasan yang diberikan penunggang motosikal selepas ditahan polis kerana gagal mematuhi SOP. Gambar hiasan. - Foto 123RF

PASIR PUTEH - Pelitup muka diterbangkan angin ketika menunggang motosikal antara alasan yang diberikan penunggang motosikal selepas ditahan polis kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, alasan lain yang popular ialah tertinggal pelitup muka di dalam kereta

Iklan
Iklan

"Saya harap masyarakat di negeri ini sentiasa peka dan patuh kepada SOP ditetapkan kerajaan. Pematuhan ini secara tidak langsung membantu kita memutuskan rantaian Covid-19.

"Apa juga alasan yang diberikan, kami sama sekali tidak akan berkompromi dengan individu yang melanggar SOP ini," katanya kepada media sempena Lawatan Turun Padang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini hari ini.

Iklan
Shafien (depan) bersama pegawai dan anggota semasa mengadakan lawatan turun padang IPD Pasir Puteh.

Menurutnya, polis mengeluarkan sebanyak 819 kompaun kepada individu yang gagal mematuhi SOP bermula dari awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac hingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Shafien juga tidak mahu ada sebarang alasan berhubung kegagalan mematuhi SOP dan tahap pematuhan di Kelantan sudah mencapai 90 peratus termasuk pemilik premis perniagaan.

Iklan

"Saya berharap momentum baik ini dapat terus dikekalkan supaya misi melawan Covid-19 dapat dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.