Orang ramai kunjungi pusat beli-belah seperti biasa

Iklan
Tinjauan Sinar Harian ke salah sebuah pusat beli-belah di Kuantan hari ini mendapati, majoriti pengunjung patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

KUANTAN - Kunjungan orang ramai ke premis perniagaan dan pusat membeli-belah di sekitar bandar ini masih berlaku seperti biasa.

Tinjauan Sinar Harian ke salah sebuah pusat beli-belah di Kuantan hari ini mendapati, majoriti pengunjung patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Iklan
Iklan

Pengawal keselamatan yang mahu dikenali sebagai Wahab, 50, berkata, bilangan pengunjung ke pusat beli-belah itu tidak berkurangan, malah bertambah pada hari hujung minggu.

"Tiada pengurangan atau pertambahan pengunjung mendadak.

Iklan

"Pengunjung pun patuh SOP dengan baik dan berdisiplin terutama ketika mendaftar masuk," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang pengunjung, Ahmad Nasrul Mohamad, 37, beliau mengakui tetap berasa bimbang dengan situasi semasa penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Iklan

"Saya mengunjungi pusat beli-belah hanya jika ada keperluan mendesak seperti hari ini dengan mengutamakan aspek keselamatan termasuk mematuhi SOP ditetapkan.

Sementara itu, seorang peniaga, Nor Hasmiza Rosli, 30, berkata, beliau sentiasa memastikan pelanggan mematuhi SOP sewaktu berada dalam premis jualannya.

"Sebagai peniaga, saya sentiasa amalkan normal baharu untuk melindungi diri dan pelanggan daripada pandemik itu.

"Dalam masa sama, saya bimbang juga kena hadapi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sebab saya berniaga. Pada waktu ini, apa yang saya lakukan ialah amalkan segala prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Seorang lagi peniaga, Mohd Rosli Remali, 36, menyuarakan harapan supaya kerajaan tidak mengumumkan kembali kepada pelaksanaan PKP bagi mengelakkan ekonomi merundum.

"Kalau boleh, tak naklah PKP semula. Saya berniaga dan saya sungguh terkesan jika PKP dilaksanakan," katanya.