Peralihan monsun

Iklan
x-default
Kelihatan sekumpulan pengunjung tidak menghiraukan keadaan ombak besar yang menghempas pesisir Pantai Tengah berikutan fasa peralihan monsun ketika tinjauan di Pantai Tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laman sesawang mengeluarkan kenyataan fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 24 September dan akan berterusan sehingga awal November 2020.

Dalam tempoh ini langit kebiasaannya cerah pada waktu pagi dan kawasan di rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk pembentukan awan ribut petir pada sebelah petang. - Foto Bernama