PONTIAN - Dua rentung dalam satu kebakaran di sebuah bangsal di Kampung Parit Kechil, Sungai Bunyi, di sini hari ini.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba Iqbal Raduan berkata, kebakaran berlaku pada jam 2.35 petang di sebuah bangsal sementara.
"Seramai lima anggota dari BBP Pontian Baru dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.
"Semasa tiba bangsal berkeluasan 27 kaki x 9 kaki itu telah terbakar lebih 90 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, selepas kebakaran padam pemeriksaan mendapati dua lelaki dewasa rentung dan seorang daripadanya warga Myanmar.
Identiti dan anggaran umur mangsa katanya, tidak diketahui kerana selepas kebakaran tidak ditemui sebarang dokumen pengenalan diri.
Beliau berkata, kebakaran hanya melibatkan bangsal manakala bangunan berdekatan tidak terjejas, operasi tamat pada jam 6.05 petang.