Bomba selamatkan kaki budak tersepit di paip pembetungan najis

Iklan
Gambar Hiasan

TAWAU - Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila tersangkut pada saluran paip pembetungan najis berhampiran tangga di Tingkat 4, Blok E, Flat Sri Titingan di sini, ketika sedang bermain bersama rakannya pagi tadi.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, kanak-kanak berumur 11 tahun terbabit terpaksa menahan kesakitan lebih 20 minit akibat kakinya tersepit di celah paip sebelum diselamatkan anggota bomba.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.38 pagi mengenai perkara itu dan lapan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, didapati kaki kanak-kanak itu tersepit antara celah paip pembetungan najis dan dinding di tingkat 4 flat itu," katanya ketika dihubungi.

Iklan

Bagaimanapun, Sharudy berkata anggota bomba bertugas merenggangkan saluran paip itu menggunakan peralatan pemotong hidraulik dan berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak tersebut dengan selamat.

Menurutnya lagi, kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius dan dibawa ke klinik berdekatan untuk rawatan lanjut. Operasi ditamatkan pada pukul 8.52 pagi. - Bernama

Iklan