Pengawal Keselamatan Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya Paramasivan Kupusamy, 58, memasang notis ‘Sekolah Ditutup’ susulan peningkatan kes Covid-19 di Daerah Petaling hari ini. Semua sekolah di Daerah Petaling, Selangor yang diisytiharkan sebagai zon merah COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan diarah tutup bermula hari ini sehingga 25 Oktober. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan semalam berkata penutupan itu melibatkan 298 sekolah rendah, menengah, kolej vokasional serta sekolah swasta di seluruh daerah berkenaan. - Foto Bernama
Penutupan Sekolah
Iklan