STAR sokong penuh Muhyiddin

Iklan
Jeffrey Kitingan

KOTA KINABALU - Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) kekal dengan pendirian menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Presidennya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, sokongan terhadap Muhyiddin tidak berbelah bagi dan beliau menyokong penuh kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Iklan
Iklan

"Secara peribadi, saya menyokong penuh Muhyiddin untuk terus memimpin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

"Tidak timbul langsung soalan untuk menukar pendirian dan sokongan kepada sesiapa pun yang berangan-angan ingin mengganti beliau sebagai Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Katanya lagi, usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik ahli Parlimen daripada pihak kerajaan dan berharap dilantik sebagai Perdana Menteri akan merosakkan kreadibilitinya sendiri.

"Beliau harus ingat bahawa dari kaca mata rakyat dalam senario itu, beliau hanya merosakkan kredibiliti sendiri dan dilihat sebagai seorang yang gila kuasa ingin merebut jawatan Perdana Menteri tanpa mempedulikan akibatnya kepada rakyat.

Iklan

"Adalah lebih baik beliau menjalankan tanggungjawab untuk membantu penduduk kawasannya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson dan menyumbang tenaga dan usaha membantu kerajaan serta rakyat memerangi wabak koronavirus (Covid-19) serta membantu memulihkan ekonomi di mana ramai rakyat dan banyak perniagaan terkesan akibat pandemik itu," katanya.

Katanya lagi, penambahan kes jangkitan Covid-19 yang berlaku di Sabah atau dibawa oleh pengembara dari Sabah adalah amat membimbangkan.

"Adalah diharapkan agar rakyat tidak terpengaruh dengan tindakan terdesak Anwar.

"Mereka harus berhati-hati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya keluk kes Covid-19 dapat dilandaikan dalam masa terdekat dan kita dapat balik ke landasan yang sepatutnya demi memulihkan ekonomi negara," katanya.

Pada 23 September lalu, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa telah mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau turut mengesahkan mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah esok bagi mengemukakan sokongan majoriti yang dimilikinya.