'Tak ubah seperti negara mundur'

Iklan
Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA TERENGGANU - Pergolakan politik yang melanda Malaysia ketika ini tidak ubah seperti negara mundur yang sering bergolak untuk mengubah pucuk kepimpinan.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, hambatan politik yang panjang ini amat merugikan rakyat dan negara, kerana kerajaan hari ini tidak stabil dan mempunyai majoriti yang sedikit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sejak UMNO-Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) hingga ke hari ini, politik Malaysia tidak stabil dan sentiasa bergolak.

"Sejak pandemik Covid-19, ramai yang terbeban dan terjejas. Rakyat sudah bosan dengan permainan politik.

Iklan

"Mana perginya hala tuju negara yang gilang gemilang seperti dahulu? Adanya Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Program Transformasi Ekonomi yang menjadi panduan negara dan terbukti berjaya.

"Sebagai pemimpin kecil dalam parti, adalah tanggungjawab dan amanah saya melakukan sehabis baik untuk memperjuangkan nasib mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Jelasnya, rakyat adalah nadi dalam perjuangan, namun mereka perlu membuat pilihan yang bijak dalam memilih kerajaan pada PRU15 akan datang.

Katanya, amatlah rugi dan akan terkebelakang jika rakyat silap membuat pilihan sekali lagi.