Satu keluarga mati berpelukan

Iklan
Kejadian tanah runtuh di Desa Mengening kelmarin meragut nyawa empat sekeluarga.

DENPASAR - INDONESIA. Sebuah keluarga terdiri daripada pasangan suami isteri dan dua anak kecil mereka terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Bali, semalam.

Lebih menyayat hati, mayat mereka ditemui dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain dalam sebuah bilik.

Iklan
Iklan

Kejadian tragis itu berlaku di Desa Mengening, Kecamatan Kubutambahan, Buleleng pada jam lima pagi (waktu tempatan).

Difahamkan, kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut berpunca daripada hujan lebat yang turun tanpa henti sejak 24 jam sebelum insiden tersebut berlaku.

Iklan
Iklan

Ketua Agensi Pengurusan Bencana Buleleng, Ida Bagus Suadnyana berkata, mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Ketut Budikaca (33) dan isterinya Sentiani (27) serta dua anak pasangan terbabit Putu Rikasih (9) dan Kadek Dodit Wiguna (5). - Detiknews