SHAH ALAM - Enam kawasan di wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan pengguna di Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25, Shah Alam malam ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air itu akibat kejadian paip pecah yang berlaku di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam disebabkan oleh pihak ketiga.