Wacana Al-Quran bersiaran di semua platform digital Sinar Harian

Iklan
Program bual bicara Wacana Al-Quran yang mengupas pelbagai topik terkini berlandaskan al-Quran akan disiarkan secara langsung melalui Sinar Harian Online bermula 19 Oktober ini. Gambar kecil: Ruzy Adila

SHAH ALAM - Program baharu Wacana Al-Quran yang bakal menemui penonton bermula 19 Oktober ini akan disiarkan secara langsung menerusi pelbagai platform digital Sinar Harian.

Program hasil kolaboratif antara Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Sinar Harian dan Karya Bestari itu akan bersiaran secara langsung setiap hari Isnin hingga Jumaat menerusi portal Sinar Harian Online serta Facebook, Twitter dan YouTube Sinar Harian.

Iklan
Iklan

Pengarang Eksekutif Digital Sinar Harian, Ruzy Adila Idris berkata, program Wacana Al-Quran menjadi platform mengupas isu-isu semasa dengan menjadikan al-Quran sebagai solusi.

"Program wacana sememangnya sudah sinonim dengan Sinar Harian dan sangat istimewa kerana ia mempunyai peminatnya tersendiri.

Iklan

"Sebelum ini, program-program bual bicara di Malaysia hanya membincangkan isu dan permasalahan politik, ekonomi serta mencari solusi daripada idea-idea manusia.

"Akhirnya Sinar Harian tampil dengan inisiatif untuk berkongsi penyelesaian yang bersesuaian mengikut rujukan daripada al-Quran kerana jawapan sebenarnya hanya ada dalam Kalamullah,” katanya di sini semalam.

Iklan

Menurut Ruzy Adila, program bual bicara yang akan bersiaran selama satu jam itu memberi banyak manfaat dan ilmu berguna kepada masyarakat terutama melibatkan usaha membina ekosistem Islam dan mengekang keruntuhan moral bangsa.

"Program tersebut bakal bersiaran pada jam 6 hingga 7 petang dari Isnin hingga Jumaat. Pemilihan waktu siaran itu berikutan capaian trafik paling tinggi jumlah penontonnya pada masa itu.

"Selain Facebook dan Twitter, kita juga menyediakan platform media sosial lain seperti Instagram khusus untuk menarik tontonan golongan muda agar memahami dengan lebih jelas intipati yang terdapat dalam kalam ALLAH itu.

"Kita akan ringkaskan pengisian Wacana Al-Quran dalam bentuk multimedia yang lebih menarik supaya golongan anak muda akan tertarik dan cintakan al-Quran. Dengan cara itu, matlamat kita untuk ‘MengQurankan Bangsa MengIkhlaskan Ummah’ akan berterusan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wacana Al-Quran bermula 19 Oktober

Beliau berkata, bermula semalam, portal Sinar Harian Online juga sudah memaparkan pengiraan detik pelancaran digital menjelang siaran pertama Wacana Al-Quran itu pada 19 Oktober ini.

"Pelayar Sinar Harian Online dapat mengikuti paparan itu di portal rasmi www.sinarharian.com.my bagi mengingatkan mereka mengenai program terbaharu itu.

"Kami mengalu-alukan pandangan serta cadangan orang ramai bagi menambah baik Wacana Al-Quran tersebut,” katanya.