‘Lagi seronok ajak kawan sekali’

Iklan
Muhammad Zulfadli Amsyar menjawab soalan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku dalam naskhah akhbar Sinar Harian di Ayer Keroh, Melaka semalam.

BIARPUN sibuk menguruskan kedai makan, namun seorang pembaca yang berasal dari negeri ini tidak melepaskan peluang menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.

Muhammad Zulfadli Amsyar Zainal Abdin, 25, berkata, hadiah wang tunai RM60,000 yang ditawarkan kepada para pembaca akhbar Sinar Harian menarik perhatiannya untuk mencuba nasib.

Iklan
Iklan

Pemilik Restoran Nek Jarah itu berkata, peruduan itu satu peluang yang baik kepada pembaca untuk mencuba, malah soalan yang perlu dijawab juga begitu mudah lebih-lebih lagi berkaitan lokasi menarik."Sambil tunggu pelanggan pun saya boleh jawab soalan itu. Lagi seronok kalau ajak kawan-kawan sekali sertainya dan tengok siapa bernasib baik.

"Secara tidak langsung banyak maklumat dan pengetahuan menarik yang saya dapat selain menyertai peraduan itu,” kata anak sulung daripada lima beradik itu kepada Sinar Harian di sini semalam.Muhammad Zulfadli Amsyar berkata, sebagai seorang pembaca setia Sinar Harian, sudah tentu dia mengharapkan menjadi salah seorang pemenang peraduan yang baru dianjurkan itu.

Iklan

Katanya, dia mengetahui Sinar Harian sebelum ini pernah menganjurkan pelbagai peraduan, namun belum pernah menyertainya.

"Sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk menyertai peraduan namun melihat hadiah lumayan dan pelbagai hadiah menarik dalam peraduan kali ini, saya tidak mahu ketinggalan mengisi borang penyertaan.

Iklan

"Dalam masa sama, akhbar Sinar Harian menjadi medium saya bersama pekerja membincangkan jawapan bagi soalan harian yang perlu dikumpulkan setiap minggu sehingga bulan depan,” katanya ketika ditemui di restoran miliknya yang terletak di Taman Tasik Utama, MITC Ayer Keroh.