Pelantikan Yadim: Apa sudah jadi, tanya Zamihan

Iklan
KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zain mendakwa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menjadi mangsa kepada kerakusan pemimpin PH.

Menurutnya, amat malang apabila Yadim sebagai agensi dakwah dijadikan alat politik untuk parti tertentu dan menganggap pentadbiran PH jauh lebih teruk jika dibandingkan dengan kerajaan BN.

"Apa sudah jadi dengan Malaysia Baharu? Malaysia Baharu atau Malaysia celaru. Tak habis-habis institusi agama Islam dimangsakan oleh pentadbiran kerajaan Malaysia Barharu.

Iklan
Iklan

"Kali ini giliran Yadim pula menjadi mangsa kerakusan pemimpin politik PH,” katanya menerusi satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lantikan atas dasar merit, kebetulan ahli politik PH

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: PH biar DAP corakkan Yadim

Tegasnya, tidak pernah terjadi dalam sejarah apabila peringkat atasan Yadim dimonopoli hampir keseluruhannya oleh orang politik.

Iklan

"Apakah sudah tidak ada lagi golongan profesional ataupun agamawan di luar sana untuk menerajui Yadim?.

"Apakah hanya tokoh-tokoh tertentu yang memakai baju politik Amanah dan DAP saja yang benar-benar layak dan Islamik? Ataupun mereka itu sebenarnya merupakan kroni pihak tertentu yang perlu diberi ghanimah (imbuhan) selepas berjaya merampas Putrajaya?,” soal beliau.

Dalam pada itu, Zamihan turut menyanggah pelantikan Adun Paloh, Sheikh Omar Ali sebagai anggota lembaga yang juga adalah anggota DAP.

"Mana dasar 'good governance' yang dilaung-laungkan selama ini? Sedarlah bahawa rakyat sudah muak dengan karenah kleptokrasi politik. Apatah lagi tindakan-tindakan lacut memperkudakan agensi agama," katanya.

Mujahid selepas majlis penyerahan watikah ahli lembaga pemegang amanah hari ini menegaskan, pelantikan 10 daripada 12 ahli politik PH adalah berdasarkan merit dan kelayakan mereka.

Mujahid berkata, kesemua yang dilantik itu mempunyai pengalaman luas yang mampu membantu Yadim mencapai objektifnya.