Bersatu padu putuskan rantaian Covid-19, kata Hadi

Iklan
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Kenyataan Abdul Hadi

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menggesa rakyat supaya bersatu padu dalam usaha memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19) dan tidak menjangkiti lebih ramai rakyat Malaysia.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat enam kluster baharu semalam yang menggusarkan rakyat.

Iklan
Iklan

"Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa tengah malam ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam sebanyak enam lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di negara ini, melibatkan dua di ibu negara manakala Sabah, Selangor, Johor dan Putrajaya masing-masing satu kluster.

Iklan

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kluster baharu di Kuala Lumpur ialah Kluster Baiduri dan Kluster Bah Perdana manakala Kluster Kolong di Sabah dan Kluster Bah Tropicana di Selangor.

Kluster Rinting pula dikesan di Johor manakala Kluster Bah Kasturi di Putrajaya, kata Dr Noor Hisham pada sidang akhbar secara maya yang disiarkan Facebook KKM semalam.

Iklan

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu menyarankan semua pihak sentiasa menitikberatkan soal kebersihan diri selain mematuhi SOP yang ditetapkan KKM.

"Jaga diri kita dengan mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dan sanitasi (wash), memakai pelitup muka (wear), dan tidak bersalaman, bersentuhan serta amalkan etika batuk dan bersin (warn)," katanya.