Agong 'belanja' petugas media sarapan pagi

Iklan
Nazim (kiri) menyampaikan bungkusan sarapan pagi kepada salah seorang petugas media yang bertugas di luar pintu dua Istana Negara. - Foto Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menunjukkan keprihatinan baginda kepada petugas media apabila menyerahkan bungkusan makanan kepada petugas media yang membuat liputan berita di luar pintu dua Istana Negara pagi tadi.

Bungkusan sarapan itu diserahkan oleh Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim dan Ketua Unit Komunikasi Korporat Istana Negara, Muzli Mohd Zin kepada wakil petugas media.

Iklan
Iklan

Seri Paduka amat prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab pengamal media dalam menyampaikan berita yang sahih kepada rakyat.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara awal pagi ini untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan senarai ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya.

Iklan

Beliau tiba di pintu dua Istana Negara sekitar jam 10.25 pagi menaiki kereta jenis Jaguar berwarna hitam diiringi sebuah lagi kereta jenis Volkswagen hitam.

Anwar dalam hantaran di Facebook miliknya awal pagi ini berharap urusan beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong pada hari ini dipermudahkan.

Iklan

"Semoga dipermudahkan urusan hari ini," katanya.

Kenyataan yang dimuat naik berserta gambar beliau bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mendapat komen daripada penyokongnya dan rakan-rakan laman sosial itu.

Pada 8 Oktober lepas, Anwar memaklumkan mendapat perkenan menghadap Seri Paduka pada hari ini bagi mempersembahkan mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya untuk membentuk kerajaan baharu.

Sebelum ini, pada September lepas, Anwar memaklumkan pada satu sidang akhbar bahawa beliau mempunyai sokongan kukuh daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar tinggalkan Istana Negara selepas sejam menghadap Agong

Anwar tiba di Istana Negara