KUALA LUMPUR - Operasi Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) ditutup bermula esok sehingga 27 Oktober ini untuk kerja sanitasi di ruang pejabat bagi mengelakkan penularan koronavirus (Covid-19).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff dalam kenyataan semalam memaklumkan, penutupan melibatkan Wisma PPZ Taman Shamelin Perkasa dan pejabat cawangan Putrajaya serta semua kaunter PPZ di Kuala Lumpur dan Putrajaya
Iklan
Iklan
"Susulan itu, semua operasi harian PPZ hanya dihadkan melalui perkhidmatan dalam talian sahaja," katanya.
Beliau turut memberitahu, sepanjang tempoh penutupan itu, pembayaran zakat boleh dibuat melalui www.zakat.com.my dan perbankan internet.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula esok.