Covid-19: 5,443 penduduk Pulau Pinang hilang pekerjaan

Iklan
Berdasarkan laporan JTK Pulau Pinang, jumlah pekerja yang diberhentikan secara pemberhentian tetap atau sukarela itu berlaku semasa tempoh pelaksanaan PKP. Foto 123RF

GEORGETOWN - Seramai 5,443 orang hilang pekerjaan dalam pelbagai bidang di Pulau Pinang sejak Mac hingga September lepas berikutan penularan pandemik Covid-19 dalam negara.

Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy berkata, berdasarkan laporan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pulau Pinang, jumlah pekerja yang diberhentikan secara pemberhentian tetap atau sukarela itu berlaku semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan
Iklan

"Seramai 122 orang diberhentikan pada Mac; 1,494 (April); 275 (Mei); 1,542 (Jun); 1,184 (Julai); 290 (Ogos) dan 536 (September)," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan Zulkifli Ibrahim (Bersatu-Sungai Acheh) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Iklan

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan telah mewujudkan pelbagai program mitigasi termasuk pemadanan kerja baharu bagi mereka yang hilang pekerjaan.

Ramasamy berkata, ketika ini terdapat sekurang-kurangnya 4,000 peluang pekerjaan baharu ditawarkan pelbagai pihak yang boleh diisi oleh mereka yang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Iklan

"Kita juga dari semasa ke semasa mengadakan mesyuarat dengan pelbagai pihak seperti MTUC dan pihak-pihak yang berkaitan, berkenaan bagaimana untuk menangani isu Covid-19 yang membawa kepada masalah pengangguran ini," katanya menambah kadar pengangguran di Pulau Pinang ketika ini pada tahap 4.5 hingga lima peratus, iaitu lebih rendah berbanding negeri lain.

Menurutnya, pelabur asing juga masih yakin dengan ekosistem perniagaan di negeri ini.- Bernama