WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump disahkan negatif Covid-19 untuk dua hari berturut-turut," kata doktor Rumah Putih, Sean Conley pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
"Sebagai tindak balas terhadap pertanyaan anda mengenai ujian Covid-19 terbaharu presiden, saya boleh memberitahu anda bahawa beliau telah diuji negatif, untuk dua hari berturut-turut, menggunakan kad antigen Abbott BinaxNOW," kata Conley dalam satu kenyataan.
Perkembangan itu diumumkan ketika Trump akan mengadakan kempen pada Isnin malam di Florida.
Kenyataan itu merumuskan presiden 'tidak menjangkiti orang lain'.
Trump, 74, pada 3 Oktober mengesahkan beliau dan wanita pertama, Melania Trump diuji positif virus itu, beberapa jam selepas seorang pembantunya, Hope Hicks pada Rabu lalu dijangkiti Covid-19.
Presiden AS itu kembali ke Rumah Putih pada 5 Oktober setelah mendapatkan rawatan selama tiga hari di Pusat Perubatan Walter Reed di Bethesda, Maryland.
Pada Sabtu, Conley berkata, Trump tidak lagi dianggap sebagai membawa risiko penularan dan tidak perlu terus dikuarantin selepas presiden mengadakan acara awam pertamanya di Rumah Putih sejak disahkan dan dimasukkan ke hospital akibat Covid-19.- Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Trump, isteri positif Covid-19