KAJANG - Polis Kajang akan melaksanakan empat sekatan jalan raya di sekitar daerah itu bermula tengah malam ini, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lokasi sekatan jalan raya itu adalah di hadapan Balai Polis Beranang, Jalan Broga, Jalan Bangi - Nilai dan susur masuk Plaza Tol Bandar Seri Putra.