SELAYANG - Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 14 Jalan Kuala Lumpur - Ipoh berhampiran stesen Petron di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, mangsa dikenali Rahim Rahmat, 46, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah dipercayai bahagian kepala dalam kejadian jam 7.36 pagi itu.
Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dari Kuala Lumpur menghala Rawang itu bergesel dengan sebuah Suzuki Swift di hadapannya yang memperlahankan kenderaan secara mengejut.