Peru buka Machu Picchu untuk pelancong Jepun

Iklan
Hasrat Takayama akhirnya tercapai untuk memasuki Macchu Picchu selepas terkandas sejak Mac lalu akibat pandemik Covid-19. - Foto Agensi

LIMA - Gara-gara menunggu selama tujuh bulan untuk memasuki kawasan pelancongan popular, Machu Picchu yang terletak di Peru, seorang pelancong warga Jepun akhirnya diberi keistimewaan menjadi pelancong tunggal untuk memasuki Kota Inca tersebut.

Semalam, Menteri Kebudayaan, Alejandro Neyra berkata, pembukaan khas itu dibuat susulan permintaan yang dikemukakan Jesse Takayama, 26, selepas pemuda berkenaan terkandas di bandar Aguas Calientes sejak pertengahan Mac lalu susulan penularan koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

"Dia datang ke Peru dengan memasang impian dapat memasuki Machu Picchu. Pelancong Jepun itu akhirnya diberi peluang masuk ke 'Kota Inca yang hilang' itu bersama ketua taman tersebut sebelum dia pulang semula ke negaranya pada Sabtu lalu," ujar Neyra.

Difahamkan, Takayama masih menyimpan tiket masuk ke Machu Picchu tersebut sejak Mac lalu dan dia menjadi pelancong pertama yang berkunjung ke tinggalan purba berusia lebih 500 tahun itu pada Sabtu lalu.

Iklan

"Ini pengalaman yang sangat hebat! Terima kasih!" ujarnya menerusi video yang dirakamkan dari puncak pergunungan kawasan yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO).

Menurut Neyra, kawasan binaan batu tinggalan purba itu akan dibuka untuk pelancong tempatan dan asing pada bulan depan malah ia turut mengehadkan kemasukan golongan itu kepada 675 orang sehari atau 30 peratus daripada kapasiti biasa.

Iklan

"Kita masih berada dalam situasi pandemik. Pembukaan semula Machu Picchu akan dibuat mengikut garis panduan keselamatan yang diperlukan," jelasnya. - Agensi