KPDNHEP Kluang rampas alat ganti kenderaan tiruan

Iklan
Mohd Zulazre (tiga kanan) menunjukkan alat ganti kenderaan tiruan yang dirampas.

KLUANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kluang menyerbu tiga premis yang disyaki menjual barangan dan alat ganti tiruan di sekitar daerah ini, kelmarin.

Ketua Cawangannya, Mohd Zulazre Mokeri berkata, operasi tersebut adalah hasil dari pemantauan dan risikan selama sebulan yang dibuat oleh pihak pengadu yang mendapati terdapat beberapa premis yang menjual alat ganti kenderaan palsu keluaran syarikatnya.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan selanjutnya mendapati tiga premis ini merupakan premis menjual barangan yang disyaki tiruan dan kami berjaya merampas sebanyak 427 unit penapis minyak dan 37 unit minyak pelincir transmisi yang dianggarkan bernilai sebanyak RM 7,606.

"Kesemua baranngan tersebut di sita dibawah Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 bagi tujuan siasatan lanjut dan mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan iaitu membekalkan apa-apa barang-barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan seolah-olah barang-barang itu tertakluk kepada apa-apa hak yang berhubung dengan cap dagangan berdaftar," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurutnya, bagi kesalahan yang dilakukan membabitkan barangan tiruan ini jika didapati bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap perihal barangan yang dipamerkan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekal bagi kesalahan kali pertama.

Katanya, bagi kesalahan kali kedua, denda sebanyak RM20,000 bagi setiap perihal barangan yang dipamerkan atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Iklan

"Pihak KPDNHEP Kluang akan terus menjalankan operasi yang sama ke atas mana-mana

premis yang menjual barang tiruan jenama berkenaan termasuk premis-remis yang menjual bahan cetak rompak pada masa akan datang.

"Kami menasihatkan para peniaga supaya mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dan tidak terbabit dalam menjalankan aktiviti penjualan atau pengedaran barangan tiruan dan pengguna juga perlu berhati-hati dalam membuat pembelian ke atas barangan yang terdapat di dalam pasaran," katanya.