The Lions harap ihsan MKN

Iklan
UiTM FC antara pasukan yang bakal mewarnai saingan Piala Malaysia musim ini.

UITM FC mengharapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat memberikan kelonggaran kepada pemain-pemain The Lions dalam menjalani latihan sebagai persediaan menentang Sabah dalam aksi terakhir CIMB Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam, hujung bulan ini terutamanya persiapan lebih rapi mengharungi saingan TM Piala Malaysia.

Menurut Setiausaha Agung UiTM FC, Mustaza Ahmad, beliau mengakui The Lions juga terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang menyebabkan pemain-pemain UiTM tidak dapat turun berlatih selama dua minggu.

Iklan
Iklan

"Pada saya bukan hanya UiTM FC sahaja yang akan terjejas tetapi juga pasukan Lembah Klang lain seperti Selangor, PJ City dan Kuala Lumpur turut sama terkesan apabila tidak dapat menjalani latihan sebagai persediaan bagi saingan Piala Malaysia.

"Tanpa latihan sepanjang tempoh dua minggu sepanjang PKPB ini sahaja sudah cukup menjejas tahap kecergasan pemain-pemain tambahan pula saingan Piala Malaysia dijadualkan bermula pada 6, 7 dan 8 November.

Iklan

"Pada saya ini tidak adil untuk pasukan Lembah Klang dan memberi kelebihan yang nyata kepada pasukan luar Lembah Klang yang boleh menjalani latihan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) semalam meminda sekali lagi jadual saingan Piala Malaysia berikutan peningkatan pandemik Covid-19 susulan PKPB di Lembah Klang yang menyaksikan saingan berprestij bola sepak negara yang sebelum ini dijadualkan pada pada 25 hingga 26 Oktober ini terpaksa dipinda ke tarikh baharu iaitu 6, 7 dan 8 November depan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Saingan Piala Malaysia ditunda ke November

Kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tengah malam semalam hingga 27 Oktober ini.

Pada masa sama Mustaza optimis The Lions mampu meningkatkan tahap disiplin tinggi dalam pematuhan SOP ditetapkan pihak MKN sekiranya diberikan kelonggaran menjalani latihan dalam tempoh dua minggu PKPB ini.

"Semasa PKP pada 15 Jun lalu pun kami mempraktikkan pematuhan tahap tinggi dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), MKN dan MFL sendiri.

"Alhamdulillah sepanjang tempoh itu pun pemain, jurulatih dan pegawai UiTM FC berjaya mematuhi sepenuhnya pelaksanaan SOP dalam sesi latihan Fasa 1 dan Fasa 2 yakni latihan secara kontak.

"Jadi kami amat berharap MKN dapat mempertimbangkan semula kelonggaran kepada pemain-pemain UiTM untuk menjalani latihan sebagai persediaan berdepan Sabah. Lagipun ini perlawanan penutup tirai untuk musim pertama UiTM pada saingan CIMB Liga Super di laman sendiri jadi tentunya kami perlu berlatih," katanya.