Covid-19 'serang' hospital di Busan

Iklan
Lebih 50 pesakit dan pekerja di sebuah hospital kejururawatan di Busan didiagnosis dengan koronavirus (Covid-19)

BUSAN - Lebih 50 pesakit dan pekerja di sebuah hospital kejururawatan di Busan didiagnosis dengan koronavirus (Covid-19), kata pihak berkuasa perbandaran pada Rabu, lapor agensi berita Yonhap.

Pihak berkuasa berkata, 43 pesakit dan sembilan kakitangan hospital di kejiranan Mandeok didapati positif dan seorang daripada pesakit meninggal dunia.

Iklan
Iklan

Jangkitan itu dikesan selepas seorang pembantu jururawat berusia 50-an disahkan dijangkiti virus berkenaan pada Selasa, mendorong pihak berkuasa melakukan ujian saringan kepada semua 262 pesakit dan kakitangan.

Jangkitan kembali menular beberapa hari selepas kerajaan Korea Selatan melonggarkan peraturan penjarakan sosial daripada Tahap Dua ke Tahap Satu. Busan, kota kedua terbesar di Korea Selatan dengan populasi 3.4 juta, setakat ini melaporkan 486 kes dan empat kematian.

Iklan

Menurut pihak berkuasa Hospital Kejururawatan Haeddeurak adalah kluster jangkitan terbesar pernah berlaku di Busan.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kes Covid-19 kembali dilaporkan di banyak lokasi di Maedeok, termasuk restoran, rumah mandi dan kolam renang, mendorong pihak perbandaran menutup 18 taman awam di daerah itu pada 1 Oktober. - Bernama

Iklan