Ronaldo disahkan positif Covid-19

Iklan
Cristiano Ronaldo

Portugal terpaksa melupakan khidmat pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo pada saingan Liga Negara-Negara UEFA setelah pemain berusia 35 tahun itu disahkan positif (koronavirus) Covid-19.

Menurut Persekutuan Bolasepak Portugal (FPF), kapten pasukan berusia 35 tahun itu tidak menunjukkan gejala wabak berkenaan kini menjalani kuarantin seperti ditetapkan pihak berwajib.

Iklan
Iklan

"Ronaldo terpaksa meninggalkan sementara skuad kebangsaan Portugal bagi memulakan proses kuarantin selepas disahkan positif Covid-19," kata kelab berkenaan.

Anak-anak buah Fernando Santos dijadualkan melayan kunjungan Sweden pada aksi Liga Negara-Negara UEFA di Lisbon awal pagi esok.

Iklan

Ketidakhadiran peledak utama Juventus itu dijangka menjejaskan misi meraih tiga mata Portugal selepas terikat tanpa jaringan ketika menentang Perancis di Stade de France, Paris baru-baru ini.

Pada masa sama bekas peledak Sporting Lisbon, Manchester United dan Real Madrid dijangka terlepas mengetuai The Old Lady kendalian Andrea Pirlo dalam perlawanan Serie A, Sabtu ini diikuti saingan Liga Juara-Juara pertengahan minggu depan.

Iklan