Abdul Hadi tidak menghadap Agong terdekat ini

Iklan
Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Pemimpin utama daripada Pas tidak dijadualkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam masa terdekat ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berdasarkan laporan sebuah portal MalaysiaKini hari ini.

Iklan
Iklan

"Tidak," katanya ringkas melalui pesanan aplikasi WhatsApp pagi ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika ditanya sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dalam masa terdekat.

Iklan

Terdahulu, beberapa pemimpin parti politik dijadualkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong antaranya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan menghadap Seri Paduka esok.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid tidak tahu pertemuan Tengku Razaleigh dengan Agong

Iklan

Selain itu, antara nama turut disebut menghadap Seri Paduka selepas Ahmad Zahid ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sebelum ini, Pas telah menegaskan bahawa kesemua 18 ahli Parlimen parti itu menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tuan Ibrahim Tuan Man