Kedah tidak terjejas hasrat UMNO keluar PN

Iklan
Muhammad Sanusi Md Nor

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah tidak terjejas dengan tindakan UMNO mempertimbangkan untuk menarik dari daripada menyokong Perikatan Nasional (PN).

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setakat ini kerajaan Kedah tetap berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pentadbiran negeri yang mempunyai dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO masih berjalan lancar.

"Ia urusan dalaman UMNO. Saya sebenarnya tidak mahu komen. Lagipun, ia masih tergantung tentang keputusan yang ingin dibuat tidak dinyatakan. Ia urusan UMNO dan kita serah kepada parti itu untuk selesaikannya.

Iklan

"Di Kedah, pentadbiran negeri tidak jejas dengan apa yang berlaku. Kita lihat UMNO Kedah dalam keadaan baik-baik sahaja dan tidak ada masalah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, Mesyuarat Exco hari ini juga berlangsung dengan baik tanpa sebarang masalah.

Iklan

Sementara itu, Muhammad Sanusi enggan mengulas ketika ditanya pemberita mengenai tindakan UMNO itu yang timbul selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

"Saya dari dulu pernah berkata bahawa Anwar tidak akan cukup nombor untuk jadi Perdana Menteri. Jikalau ada nombor tapi tiada nama, jangan ke Istana Negara," katanya.