IPOH - Sekolah Kebangsaan (SK) Lekir Batu 8 di Sitiawan adalah sekolah ketujuh yang ditutup bermula hari ini sehingga 20 Oktober bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan.
Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, sekolah itu adalah terbaharu diputuskan selepas enam sekolah dalam daerah Larut Matang Selama (LMS) ditutup kelmarin bagi tujuan sama.
Iklan
Iklan
"Diharapkan agar kesemua sekolah yang telah diarahkan ditutup ini agar mematuhi arahan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
"Kesemua ibu bapa diharapkan agar tidak cemas dalam situasi terbaharu ini serta memberikan kerjasama dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, pihak sekolah juga disarankan agar mengambil inisiatif untuk melaksanakan sanitasi di premis masing-masing.
"Selain itu, pihak sekolah perlu mengamalkan SOP ketat kepada semua pelawat, ibu bapa, murid, pelajar serta guru terutamanya mereka yang berada ataupun pulang dari kawasan yang berisiko bagi mengelakkan penyebaran wabak,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Enam sekolah di Taiping ditutup mulai esok
Artikel Berkaitan