Penuntut USIM cuba nasib sertai peraduan Sinar Harian

Iklan
Siti Izzatie menunjukkan borang Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang menarik minatnya untuk mencuba nasib.

SHAH ALAM - Hadiah lumayan yang disediakan Sinar Harian ternyata menarik minat penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang bermula pada 5 Oktober lalu.

Siti Izzatie Noor Azemi, 24, yang merupakan pembaca setia akhbar Sinar Harian mengakui sangat teruja mahu mencuba nasib menyertai peraduan tersebut untuk merebut hadiah utama yang ditawarkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, konsep peraduan juga berbeza kerana menguji tahap pengetahuan pembaca untuk mengenal pasti gambar yang menunjukkan lokasi-lokasi menarik di Malaysia.

"Selain pelbagai hadiah yang menarik, Peraduan Sinar Harian Di Hatiku sedikit sebanyak dapat memberikan maklumat dan informasi mengenai tempat pelancongan di negara kita yang kadangkala kita sendiri pun tidak tahu sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Iklan

Gadis kelahiran Tanjung Karang itu juga berhasrat membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika beliau berpeluang memenangi hadiah utama, selain mahu berkongsi rezeki itu bersama ibu bapanya.

"Saya baru sahaja menghantar borang peraduan beberapa hari lalu dan memang sangat berharap menjadi pemenang.

Iklan

"Sebelum ini saya ada menyertai beberapa pera-duan lain tetapi peraduan yang dianjurkan Sinar Ha-rian kali ini lebih menarik dan kreatif,” katanya.

Akhbar Sinar Harian menganjurkan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku untuk menghargai pembaca setia dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM60,000.

Selain itu, pembaca juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah iringan dan sagu hati, antaranya motosikal, basikal, televisyen, kamera dron dan banyak lagi.

Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang bertemakan Malaysia Indah berlangsung pada 5 Oktober lalu sehingga 29 November 2020.

Peserta perlu mengumpul dan meneka lima gambar berbeza daripada mana-mana 26 foto yang disiarkan sepanjang tempoh peraduan.