Peperangan politik di media-media sosial memang cukup meriah dalam kalangan penyokong parti dan tentera siber.
Jika diperhatikan dengan teliti, penyokong-penyokong Perikatan Nasional (PN) menguasai Twitter.
Ada pihak tertentu mendakwa Facebook didominasi oleh orang-orang tua, sementara Twitter mewakili kelompok muda. Sejauh mana kebenarannya, satu kajian terperinci perlulah dilakukan.
Media sosial mula menjadi perhatian selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah politik negara, BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga.
Kepimpinan negara pada waktu itu ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi yang turut mengakui bahawa satu daripada punca penurunan sokongan adalah daripada media sosial.
Ketika itu, blog merupakan medium yang digunakan oleh penulis-penulis politik sama ada yang tulen ataupun upahan.
Ada yang menulis dengan fakta yang tepat tetapi ada juga yang sengaja mencetuskan pelbagai persepsi dan fitnah.
BN pada waktu itu enggan menerima hakikat bahawa apa yang berlaku ada kaitan dengan pengaruh media sosial.
Ia mengakibatkan pembangkang pada ketika itu telah mengambil ruang yang ada untuk memanfaatkan sepenuhnya kebebasan di media sosial dan berjaya membentuk persepsi buruk terhadap kerajaan.
Natijahnya, pada PRU13, BN telah mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Pada ketika itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa BN ditolak oleh ‘tsunami internet dan anak muda’.
Berakhir
Menjelang PRU14, media pembangkang yang menggunakan platform Facebook, Youtube, WhatsApp memberi sepenuh tumpuan terhadap isu syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Isu tersebut memberi kesan besar terhadap BN.
Akhirnya sejarah 60 tahun pemerintahan BN berakhir apabila PH berjaya memenangi pilihan raya tersebut. Sejuru selepas itu, BN telah memanfaatkan kedudukannya sebagai pembangkang dengan begitu efektif. Serangan demi serangan yang dilakukan oleh BN menyebabkan kerajaan PH pula berada dalam kedudukan defensif.
Menjadi pembangkang sebenarnya adalah satu kelebihan kerana mereka boleh membuat apa sahaja dakwaan dan tuduhan kepada kerajaan.
Namun, tidak semua kisah kejayaan penguasaan di media sosial berakhir dengan kejayaan. Contohnya, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini menyaksikan Parti Warisan yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kalah kepada Gabungan Rakyat Sabah yang dianggotai oleh Perikatan Nasional (PN), BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Jika dilihat kempen media sosial yang dipacu oleh Parti Warisan memang nampak menarik dengan mesej yang kuat. Hakikatnya, kempen tersebut tidak sesuai untuk dilaksanakan di Sabah, sebaliknya pendekatan bercorak konvensional lebih berkesan.
Begitu juga senario yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) sekarang apabila negara itu sedang mengadakan kempen pemilihan Presiden AS yang melibatkan ahli politik Demokrat, Joe Biden dengan penyandang jawatan tersebut, Donald Trump.
Trump tidak begitu popular di media sosial dan sering diserang serta mendapat cemuhan oleh pengkritik serta pelbagai pihak kerana tindak-tanduk beliau.
Di sebalik kempen negatif Trump di media sosial, beliau sebenarnya mempunyai sokongan yang sangat kuat dalam kalangan rakyat AS yang berpegang teguh kepada ketuanan kulit putih.
Ia memperlihatkan bahawa media sosial tidak boleh dilihat sebagai ukuran sebenar untuk menilai kekuatan seseorang individu atau organisasi politik.
Pengguna media sosial kini tidak mudah terpedaya dengan apa yang disajikan kepada mereka, sebalik media konvensional kini memainkan peranan penting untuk memberikan laporan berita yang tepat dan benar.
* Junhairi Alyasa ialah Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian