Penjual barang tiruan cabut lari

Iklan
Penguatkuasa KPDNHEP KL menyita barang tiruan yang dijual di premis perniagaan Jalan Petaling di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR - Sekumpulan warga asing yang bekerja di premis perniagaan di Jalan Petaling di sini bertempiaran lari sebaik menyedari penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur melakukan serbuan, hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kuala Lumpur, Low Swee Hon berkata, serbuan dilakukan berikutan pihaknya menerima aduan yang dibuat pemilik cap dagangan berdaftar terhadap beberapa premis yang didapati menjual barangan tiruan di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, sekumpulan pemilik dan pekerja premis yang terdiri daripada warga asing dan tempatan bertempiaran lari sebaik melihat van penguat kuasa berhenti di depan laluan kedai mereka.

"Mereka lari dan membiarkan premis dan barangan jualan mereka terbiar begitu sahaja," katanya di sini, hari ini.

Iklan

Swee Hon berkata, lokasi ini (Jalan Petaling) adalah antara lokasi panas yang dikenal pasti menjalankan kegiatan menjual barangan tiruan berjenama di ibu kota ini

"Hasil pemeriksaan dilakukan, pihaknya menyita 1,035 barangan tiruan seperti beg tangan, dompet serta jam tangan yang dianggarkan bernilai RM32,500 dalam operasi itu.

Iklan

"Pemeriksaan dilakukan terhadap enam premis terbabit menemui barangan tiruan pelbagai jenama termasuk Louis Vuitton, Gucci, Channel, Longchamp dan Michael Kors," katanya.

Katanya lagi, semua barangan tiruan yang dirampas dibawa ke stor sitaan KPDNHEP di Segambut untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011.

Dalam serbuan bermula jam 2 petang itu, sebanyak enam premis menjual aksesori dan barangan wanita di lokasi terbabit diserbu seorang pegawai dan 15 anggota penguatkuasa KPDNHEP Kuala Lumpur.