Tiada tekanan ganti Ronaldo

Iklan
Diogo Jota

PEMAIN sayap Liverpool, Diogo Jota tidak berdepan tekanan mengisi kekosongan ditinggalkan Cristiano Ronaldo ketika membantu Portugal menang 3-0 ke atas Sweden dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA awal pagi tadi.

Jota menjaringkan dua gol dalam perlawanan di Estadio Jose Alvalade itu selain turut mencipta bantuan gol kepada Bernardo Silva untuk gol pembukaan.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 23 tahun itu dipanggil pengendali Portugal, Fernando Santos bagi menggantikan Ronaldo yang terpaksa diketepikan selepas disahkan positif Covid-19.

"Ia malam yang sangat bagus dan salah satu persembahan terbaik saya buat negara. Kami mendapat keputusan yang baik menentang Sweden-salah satu pasukan yang sangat sukar.

Iklan

"Jurulatih telah memilih kesebelasan utama dan saya memberikan yang terbaik di atas padang. Tiada tekanan untuk menggantikan Ronaldo. Kami profesional dan jika jurulatih memilih kesebelasan utama dalam perlawana itu, maka kami perlu bekerjasama.

"Saya rasa ini adalah detik terbaik buat saya. Menyertai Liverpool adalah langkah besar yang saya buat dalam karier dan hari ini saya dalam kesebelasan utama bersama pasukan kebangsaan. Saya perlu teruskan rentak ini," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Santos mengakui gembira dengan kemenangan tersebut yang menyaksikan Portugal terus mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dalam empat perlawanan kumpulan A3.

"Portugal menguasai perlawanan walaupuan saya rasa Sweden boleh menjaringkan gol. Ia bukan aksi terbaik tetapi ia satu keputusan yang sangat memuaskan.

"Kami mempunyai 20 minit yang sangat baik apabila menguasai keseluruhan perlawanan. tetapi, kami juga berdepan kesukaran dengan permain gaya Sweden, hantaran bola jauh dan meletakkan empat pemain di barisan serangan.

"Namun, pemain saya telah buktikan mereka mampu menyerap tekanan tersebut dan kami terus konsisten di peringkat kumpulan ini," katanya.