BISHKEK - Presiden Kyrgyzstan, Sooronbay Jeenbekov meletak jawatan hari ini kerana beliau mahu menamatkan krisis yang tercetus sejak pertikaian keputusan Pilihan Raya Parlimen pada awal bulan lalu.
"Saya tidak mahu terlalu berpaut pada kuasa. Saya tidak mahu tercatat dalam sejarah negara ini sebagai presiden yang membiarkan pertumpahan darah dan membunuh rakyatnya.