'Dia kerap berulang-alik ke bilik air'

Iklan
Nor Azizah dan suaminya, Wahab Ahmad, 55, kelihatan sayu menunjukkan gambar Muhammad Alif.

KUALA NERUS - Bayi yang ditemui lemas dalam baldi di kediamannya di Bukit Tunggal, tengah hari semalam kerap berulang alik ke bilik air dan menunjukkan perubahan beberapa hari sebelum kejadian.

Ibunya, Nor Azizah Ismail, 46, berkata, walaupun agak pelik dengan keletah anaknya itu, dia tidak menyangka sama sekali ia menjadi petanda Muhammad Alif Ridwan Wahab pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia sempat memberi makanan kegemaran kepada anaknya yang berusia setahun 6 bulan itu sebelum peristiwa menyayat hati itu berlaku.

"Saya perasan dia kerap pegang tangan saya sejak 2, 3 hari lalu. Nak pergi kerja, dia menangis nak ikut, makan pun kurang.

Iklan

"Ada satu malam dia tidur atas sejadah, sambil dia senyum. Pada masa tu, saya tak rasa apa-apa yang pelik lagi," katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Gong Pak Damat, di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi lemas tersembam dalam baldi

Iklan

Nor Azizah turut meluahkan rasa terkilan kerana semasa kejadian, mereka berada di rumah.

Jelasnya, dia dan anak-anaknya yang lain sedang tidur di ruang tamu.

"Apabila terjaga, saya lihat dia tidak ada di sisi saya. Saya kemudian pergi ke arah dapur, sebelum terpandang kakinya yang ketika itu berada di atas manakala kepalanya tersembam dalam baldi," katanya.

Panik dengan kejadian itu, dia membawa Muhammad Alif ke Klinik Kesihatan Bukit Tunggal namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas mendapatkan rawatan.

Sementara itu, jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Sentul, Kuala Nerus pada jam 10 malam semalam.