SKMM gesa penyedia perkhidmatan, pengguna lebih bertanggungjawab

Iklan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Mutlimedia Malaysia (SKMM) menggesa penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia agar sentiasa bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua penggunanya sepanjang masa.

SKMM dalam satu kenyataannya hari ini berkata, tanggungjawab itu perlu dilaksanakan sebagaimana yang dijanjikan dan termaktub di dalam kontrak antara kedua-dua belah pihak.

Iklan
Iklan

"Ini termasuk perkhidmatan yang baik semasa pemasangan, kualiti perkhidmatan ketika digunakan, pengurusan aduan pengguna yang cepat dan tepat serta pengguna dilayan secara baik dan profesional.

"Bagaimanapun, penyedia perkhidmatan tidak dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna sekiranya ada dalam kalangan pengguna enggan memberi kerjasama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi," kata kenyataan itu.

Iklan

Mengulas lanjut, kata kenyataan itu, hak pengguna tidak terpakai sekiranya tanggungjawab itu tidak dilaksanakan oleh pengguna.

Katanya, segala aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia boleh dilaporkan kepada penyedia perkhidmatan terlebih dahulu sebagaimana ditetapkan mengikut peruntukan Kod Amalan Am Pengguna (GCC) bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang wajar.

Iklan

"Sekiranya jalan penyelesaian itu tidak memuaskan, pengguna boleh membuat aduan susulan di portal aduan SKMM melalui pautan https://aduan.skmm.gov.my.

"Pengguna juga berhak menamatkan kontrak, tertakluk kepada terma dan syarat kontrak yang ditetapkan," katanya.

Justeru, pihak SKMM akan terus memastikan penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia sentiasa memberikan kualiti perkhidmatan dan pengalaman pengguna yang terbaik.

"Pihak pengguna pula perlu bertanggung jawab apabila membuat aduan," katanya.