HANOI - Grand Prix Vietnam Formula Satu (F1) yang dijadual diadakan tahun ini di Hanoi dibatalkan berikutan pandemik koronavirus (Covid-19), kata penganjur hari ini, lapor agensi berita Xinhua.
Ini adalah keputusan yang sukar tetapi perlu diambil memandangkan ketidakpastian berterusan disebabkan pandemik Covid-19, memetik pengumuman di laman web rasmi acara itu.