'Semua pihak patut akur titah Agong'

Iklan
Chong Sin Woon

SHAH ALAM - MCA meminta semua pihak akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha memerangi pandemik Covid-19 dan berhenti daripada mengheret negara ke dalam krisis politik.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, sejak gelombang ketiga Covid-19 melanda, ekonomi negara menghadapi cabaran besar dan rakyat semakin terhimpit.

Iklan
Iklan

"Justeru kerajaan dan parti-parti sepatutnya bersama-sama menggembleng usaha dalam menangani Covid-19, sekali gus memacu ekonomi demi manfaat rakyat dan negara.

"Adalah menjadi tanggungjawab bagi semua parti politik dan pemimpin untuk mengelakkan kecelaruan politik daripada berlaku sekali lagi. Ia memburukkan keadaan ekonomi dan menyukarkan usaha melawan penularan virus tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Sementara itu, Sin Woon berkata, MCA mengulangi pendirian untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Dalam masa sama, kita akan berusaha membantu kerajaan dengan sepenuh tenaga bagi memerangi Covid-19 dan membantu memulihkan semula ekonomi demi kepentingan rakyat serta negara," katanya.

Iklan