Anggota Polis Bantuan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) Siti Nabilla Isnariah Mohd Jonib (kiri) dan Muhd Amirul Shazlan Badrul Hisham (kanan) melakukan rondaan di sekitar platform menggunakan topi keledar pintar bagi mengesan suhu badan pengguna yang menggunakan perkhidmatan awam tersebut ketika tinjauan hari ini.
Penggunaan topi keledar pintar masih dalam tempoh percubaan selama dua minggu. Rondaan tersebut dilakukan dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang.