CANBERRA - Australia hari ini menyertai Belanda mengecam keputusan Rusia menarik diri daripada perundingan berhubung penglibatan mereka dalam kejadian menembak jatuh pesawat MH17 di ruang udara Ukraine yang meragut 298 nyawa.
Menteri Luar, Marise Payne berkata, beliau sangat kecewa dengan perkara itu sehari selepas Moscow mengumumkan keputusan tersebut selain turut mendakwa cubaan ‘jahat’ untuk menuding jari menyalahkan Rusia termasuk mengemukakan kes tersebut di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR).