Penjara Pokok Sena, SMK Bukit Payong disanitasi

Iklan
Anggota bomba membuat persiapan sebelum masuk ke Penjara Pokok Sena untuk melakukan proses sanitasi semalam.

ALOR SETAR - Penjara Pokok Sena yang dikesan mempunyai penghuni positif koronavirus (Covid-19) baru-baru ini selesai disanitasi anggota bomba jam 5.50 petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, operasi yang bermula jam 5 petang itu melibatkan 11 anggota bomba.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara kawasan di dalam penjara yang disanitasi adalah dua blok penempatan banduan, bilik gerakan dan juga makmal yang melibatkan keluasan 10,400 kaki persegi.

>
Anggota bomba selepas selesai proses sanitasi di Penjara Pokok Sena semalam.

"Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Pokok Sena turut disanitasi JBPM pada jam 10.15 pagi hari ini melibatkan bilik darjah, bahagian tangga dan tandas sekolah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Pada Selasa lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 60 kes kluster tembok di Penjara Pokok Sena dikesan di penjara tersebut.

SMK Bukit Payong pula bersama tiga lagi sekolah di Kedah pada 11 Oktober lalu telah ditutup susulan penularan kes positif Covid-19 dan proses nyah kuman atau sanitasi akan dilakukan di sekitar kawasan sekolah.

Iklan