Pertemuan Hadi, Zahid kukuhkan Muafakat Nasional

Iklan
Tangkap layar ciapan Ahmad Maslan di Twitter beliau hari ini mengenai pertemuan Ahmad Zahid dan Abdul Hadi.

SHAH ALAM - Pertemuan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibuat untuk mengukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia diadakan malam tadi (16 Oktober 2020) dan turut dihadiri beliau.

Iklan
Iklan

Katanya, hadir sama Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Penolong Setiausaha Agung Pas, Syahir Sulaiman.

"Perbincangan mesra demi mengukuhkan #MuafakatNasional. Tentu tiada DAP dan mereka yang sokong DAP. Moga Allah memberkati kita," katanya.

Iklan

Terdahulu, Asyraf Wajdi turut berkongsi mengenai pertemuan itu di Facebook beliau pagi tadi.

Katanya, biar apa jua tohmahan dan fitnah yang cuba dilontarkan untuk menggagalkan Muafakat Nasional, yang pasti UMNO dan Pas terus kekal muafakat.

Iklan