SHAH ALAM - Pengguna di sekitar Lembah Klang bakal berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) terpaksa dihenti tugas separa, hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, LRA itu terpaksa dihenti tugas bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan kebocoran paip yang menyalurkan bekalan air terawat.