KUALA LUMPUR - Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki berhubung kenyataannya yang disyaki menghasut dalam sebuah rakaman video tular di media sosial baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, video berdurasi satu minit 33 saat itu mempunyai kecenderungan menghasut terhadap raja dan kerajaan.