ISKANDAR PUTERI - Seorang bayi perempuan berusia 20 hari meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumah sewa bapa angkatnya di Forest City, Tanjung Kupang di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian itu disedari bapa angkatnya, 35, pada jam 10 pagi selepas didapati tidak sedarkan diri.