Fenomena air laut pasang besar

Iklan
Kelihatan segelintir kanak-kanak mengambil kesempatan bermandi-manda di kawasan rumah yang dinaiki air sehingga mencecah paras 5.8 meter berikutan fenomena air laut pasang besar di Perkampungan Nelayan Bagan Hailam, hari ini.
Fenomena air laut pasang besar diramal berlaku pada 17 oktober hingga 19 Oktober 2020 di persisir pantai Selangor berdasarkan jadual air pasang surut dari pusat Hidrografi Nasional (PHN). Lima daerah di negeri ini membabitkan daerah Klang, Kuala Selangor, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam diramal dilanda fenomena tersebut.