UMNO Bagan Datuk nafi keluar poster tahniah Zahid dilantik TPM

Iklan
Poster yang tular semalam disahkan palsu oleh UMNO Bahagian Bagan Datuk.

BAGAN DATUK - UMNO Bahagian Bagan Datuk menafikan pihaknya mengeluarkan poster ucapan tahniah terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kononnya dilantik semula sebagai Timbalan Perdana Menteri seperti yang tular semalam.

Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Khairuddin Tarmizi berkata, pihak UMNO Bahagian Bagan Datuk tidak pernah mengeluarkan poster tersebut dan berkemungkinan ditularkan pihak tidak bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penyebaran poster tersebut dilihat sebagai usaha pihak tertentu yang mahu memburuk-burukkan nama Ahmad Zahid yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk.

"Sejak akhir-akhir ini, begitu banyak maklumat palsu yang disebarkan pihak tertentu yang mahu merosakkan imej parti dan juga Presiden UMNO.

Iklan

"Ini merupakan perang saraf yang dilakukan musuh politik UMNO. Apa yang pasti UMNO Bahagian Bagan Datuk tidak mengeluarkan poster berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Khairuddin berkata, pihaknya berharap penjelasan tersebut dapat meredakan keresahan orang ramai yang percaya kewujudan poster tersebut.

Iklan

Beliau turut meminta orang ramai menghentikan penyebaran poster tersebut kerana ia adalah palsu.

Poster ucapan tahniah itu menimbulkan tanda tanya banyak pihak sama ada Ahmad Zahid akan dilantik semula sebagai Timbalan Perdana Menteri di dalam kerajaan Perikatan Nasional.