Siti Safiyah layan latihan sendiri

Iklan
Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman

AKUR terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang membataskan latihan di gelanggang, jaguh tenpin boling negara Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman sudah membuat perancangan latihan sendiri bagi memastikan prestasinya kekal berada di tahap terbaik.

Atlet berusia 30 tahun itu berkata, pengalaman menjalani latihan sendiri selama lebih tiga bulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas, menjadikan beliau lebih bersedia menjalani latihan dalam situasi sama ketika PKPB kali ini.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, cabaran bagi pemain boling yang 'meninggalkan' latihan bagi tempoh yang lama pada kebiasaannya, akan mengalami kesakitan pada bahagian jari dan pergelangan tangan.

"Jari saya kalau kecut sebab kurang latihan akan senang luka dan susah untuk membuat balingan terbaik nanti, apabila kembali jalani latihan di gelanggang. Jadi kena banyakkan menghayun bola boling semasa buat latihan di rumah.

Iklan

"Maksudnya, masih ada rasa cengkaman. Itu salah satu latihan supaya pergelangan tangan tidak lembik apabila kembali di gelanggang,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Skuad tenpin boling sebelum ini sudah menjalani kuarantin 14 hari bermula 27 September lalu selepas peningkatan kes Covid-19 termasuk yang dikesan di pusat beli-belah Sunway Pyramid, yang menjadi venue latihan pasukan kebangsaan.

Iklan

Mereka hanya sempat menjalani latihan sehari iaitu pada 12 Oktober sebelum kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor berkuat kuasa dari 14 hingga 27 Oktober. - Bernama