Tarikan baharu di Kuantan

Iklan
Seorang pejalan kaki melintasi lukisan mural gergasi potret Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.

Mural yang dilukis pada dinding Klinik Gigi Putramedic Kampung Batu Tiga oleh kumpulan pelukis Projek06 yang terdiri enam pemuda pada bulan Ogos lepas sudah tular sehingga menjadi tarikan baharu bagi pengunjung termasuk dari luar yang mengunjungi kawasan itu.

Sebagai langkah keselamatan dan bagi mengelakkan disabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab, kamera litar tertutup (CCTV) turut di pasang di situ.

Iklan
Iklan